Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Ayam Goreng Sempoi

Ramuan / Bahan

1 mangkuk isi ayam yang dipotong kecil @ kepak ayam
2 sudu serbuk lada cap ajinomoto (kalau tak ada, serbuk lada biasa + sikit pak aji & garam pun boleh)
3 ulas bawang putih
minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Tumbuk bawang putih sampai lumat & lumurkan kepada ayam tersebut bersama-sama dengan serbuk pak aji itu tadi. Adalah dimaklumkan, jumlah serbuk pak aji & bawang putih bergantung kepada jumlah ayam itu tadi & tahap keserasian anda dengan tindak-balas msg.
2. Biarkan ia diperap selama 15 minit @ lebih.
3. Letak tepung tadi dalam pinggan leper & salutkan dengan ayam yang telah diperap.
4. Gorengkan. Awas! Api jangan kuat sebab kulit ayam (tepung) akan jadi gelap & minyak tak boleh dikitar semula untuk gorengan kali ke-2.