Ayam Goreng Rencah Kunyit

Ramuan / Bahan

Bahan A:
4 potong dada ayam
2 camca serbuk kunyit
1 camca garam
4 sudu besar cili giling
Gula secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menggoreng
1 biji bawang besar dimayang
2 biji cili merah dipotong halus Perencah:
1 ulas bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
5 biji cili padi
2 sudu besar serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara-cara

1. Dada ayam dipotong kecil-kecil, basuh dan toskan.
2. Campurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam (seperti senarai Bahan A), perap selama 5 minit.
3. Tumbuk bahan-bahan perencah dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam.
4. Panaskan kuali dan masukkan ayam yang telah diperap bersama kunyit dan garam dan rebus dengan sedikit air.
5. Setelah ayam empuk, masukkan minyak dan goreng ayam selama 5 minit.
6. Masukkan cili giling dan goreng sehingga masak.
7. Masukkan perencah dan goreng sehingga naik bau.
8. Masukkan garam dan sedikit gula untuk menambah perisa.
9. Masukkan bawang besar yang dimayang dan cili merah yang dipotong halus dan goreng sehingga masak.
10. Bolehlah dihidang diatas daun salad.