Ayam Goreng Kalasan

Ramuan / Bahan

8 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm kunyit hidup
Segenggam daun ketumbar
2 batang serai
1 ½ kg ayam kampung, di belah tiga 1 biji kelapa, di ambil pati santan
3 helai daun salam (boleh juga gunakan daun pandan)
3 cawan minyak masak
Sedikit gula merah
Sedikit garam
Perahan limau nipis secukup rasa

Cara-cara

Giling lumat cili merah, bawang putih, bawang besar, kunyit, daun ketumbar dan serai. Masukkan ayam bersama pati santan ke dalam periuk, bahan yang siap digiling dan daun salam. Masak hingga isi ayam empuk. Keluarkan ayam sejatkan seketika. panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga sedikit garing. Sementara itu, biarkan kuah terus masak pekat, masukkan gula merah, garam dan perahan limau mengikut cita rasa.