Ayam Goreng Kacang Panggang

Ramuan / Bahan

300 gm isi ayam
1 tin kacang panggang
2 biji bawang besar (potong bulat)
2 biji cili merah (belah 4)
2 biji cili hijau (belah 4)
4 biji bawang putih (dititik) 1 biji lobak merah
4 sudu besar cili kering kisar
Sedikit gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Ayam dipotong kecil-kecil. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih sehingga berbau wangi. Masukkan cili kering kisar & tumis lagi sehingga garing. Masukkan pula kacang panggang, garam, gula, lobak merah & sedikit air. Setelah lobak merah empuk, masukkan pula ayam. Setelah ayam masak, bolehlah
diangkat.