Ayam Goreng Gulam

Ramuan / Bahan

BAHAN PERAPAN AYAM :
1 ekor ayam dipotong 12 bahagian
2 batang serai dikisar
5 biji bawang putih dikisar
5 biji bawang merah kecil dikisar
3 inci halia dikisar
5 sudu makan rempah kari daging Adabi
sedikit garam
sedikit bahan perasa BAHAN SAMBAL GULAM :
2 biji bawang merah besar dimayang halus
4 biji bawang putih dikisar
4 tangkai daun kari
½ biji kelapa parut
6 sudu makan rempah kari daging Adabi
sedikit garam
sedikit gula
sedikit bahan perasa

Cara-cara

1.Untuk menyediakan bahan perapan ayam, gaulkan ayam tadi dengan bahan yang telah dikisar iaitu serai,bawang merah,bawang putih dan halia.
2.Kemudian masukkan rempah kari daging Adabi,garam,dan bahan perasa tadi.Gaulkan hingga sebati dan perap ayam ini didalam peti sejuk selama 2 jam.Setelah habis tempoh perapan bolehlah ayam tadi digoreng hingga garing. Kemudian toskan minyaknya.
3. Bagi membuat sambal gulamnya pula, campurkan bawang merah yang dimayang halus bersama-sama bawang putih yang dikisar,daun kari yang telah dilurut daunnya,kepala parut,rempah kari daging Adabi,garam,gula dan bahan perasa tadi.
4.Gaulkan semua bahan sambal gulam ini hingga sebati dan biarkan selama 7-8 minit. Setelah itu, bahan ini bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana hingga masak kekuningan.
5.Kemudian toskan semua bahan sambal gulam ini didalam penapis.
6.Akhir sekali, campurkan ayam yang digoreng tadi bersama-sama sambal gulam ini didalam mangkuk dan gaul hingga sebati.