Ayam Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
20 biji cili merah (dikisar)
10 biji bawang merah (dikisar)
5 biji bawang putih (dikisar)
2 cm halia (dikisar) 4 sudu besar sos tiram
1 pokok daun bawang (dipotong 4 cm)
Sedikit bawang goreng (untuk hiasan)
Minyak untuk menumis

Cara-cara

Ayam dipotong 6. Bersih & toskan. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik baunya. Masukkan ayam & sedikit air. Kacau rata.
Masak sehingga ayam lembut. Masukkan sos tiram & daun bawang. Angkat & taburkan dengan bawang goreng.