Ayam Goreng Berkuah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
2 biji bawang besar
2 batang lobak merah
2 sudu kunyit serbuk
2 sudu tepung gandum
3 biji tomato
1 biji limau nipis
1 tin kacang pis 1 tin puri tomato
3 sudu minyak sapi
3 tangkai cili masak
2 tangkai cili hijau
½ botol minyak masak
1 sudu kicap pekat
Garam, daun saderi & daun bawang

Cara-cara

Ayam dipotong ikut suka hati, dibersih. Gaul dengan garam kunyit, diperap 10 minit. Lobak merah dipotong sepanjang 1 cm & dibelah 4. Goreng ayam jangan terlampau garing & ketepikan. Tingggalkan minyak lebih kurang 1/2 cawan bekas goreng ayam tadi. Masukkan balik ayam serta air kira-kira 4 cawan, lobak merah, air perahan limau nipis, puri tomato, kicap pekat & garam. Masak hingga kuahnya kering sedikit baru masukkan kacang pis, bawang besar & tepung gandum. Kacau rata. Masukkan tomato, cili masak & cili hijau, juga daun saderi & bawang.