Ayam Goreng Berempah Istimewa

Ramuan / Bahan

Ayam dipotong 8
Serbuk Cili Babas
Serbuk Rempah Babas
Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
(Ketiga-tiga bawang dikisar halus- gunakan sedikit shj air)
Tepung gandum
Garam halus

Cara-cara

Ayam yg telah siap dibersihkan diperapkan dengan memasukkan semua bahan bawang yang telah dikisar, gaul sehingga sebati. Masukkan garam, serbuk cili, serbuk rempah dan gaulkan sehingga sebati. Tabur tepung gandum sedikit-sedikit dan gaulkan sehingga rata. Perapkan 1/2 jam.

Goreng dengan menggunakan api perlahan.