Ayam Goreng Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
4 sudu besar tomato puri
3 ulas bawabg putih
4 labu bawang besar
1 inci halia
2 inci lengkuas
5 batang serai 1/3 tin susu cair
1 biji asam limau nipis
1 - 2 sudu gula
4 cawan minyak
1 sudu teh serbuk kunyit
serbuk perasa
garam

Cara-cara

Ayam dibersihkan dan dipotong. Kemudian dilumurkan dengan garam, kunyit, halia dan bawang putih dan diperap sebentar. Halia, serai, lengkuas, bawang besar dan bawang putih dikisar halus. Ayam digoreng hingga kekuningan. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga naik minyak. Kemudian masukkan air asam limau nipis, susu, serbuk perasa dan garam. Rasa masam manisnya. Hidangkan.