Ayam Goreng Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong
2 biji bawang besar, dihiris
147 ml tairu
2 camca sedang tomato puri
147 ml susu pekat
Minyak sapi untuk menumis
Garam secukupnya

Bahan-bahan giling:
2 camca teh garam masala
2 camca teh ketumbar 2.5 sm halia
1 camca teh serbuk cili
1 camca teh serbuk jintan manis
4 ulas bawang putih
3 biji pelaga
3 biji lada hitam

Cara-cara

Panaskan minyak sapi. Tumis bawang besar hingga wangi. Masukkan bahan-bahan giling kacau hingga garing. masukkan susu pekat tairu, tomato puri, garam dan ayam. Gaul rata. Apabila cukup masak angkat.