Ayam Goreng Basah

Ramuan / Bahan

500 gram ayam
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 keping asam keping
stok ayam(jika suka)
minyak untuk menumis
air secukupnya
garam
gula
serbuk kunyit
perasa

Cara-cara

ayam dipotong kecil-kecil dan digaul bersama dengan serbuk kunyit.
perap selama setengah jam.
panaskan kuali dan masukkan ayam yang diperap tadi, masukkan sedikit air.
masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa dan stok ayam.
tutup kuali dan biarkan ayam empuk.
apabila air agak kering, masukkan minyak masak.
kacau ayam tadi dan masukkan bawang besar, bawang putih dan cili merah yang telah dipotong kecil-kecil.
kacau lagi sehingga naik bau.