Ayam Golek Impiana

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam
500 gm kentang-dipotong dadu
20 biji telur puyuh
1 biji kelapa diambil santan
100 gm bawang kecil-rempah dikisar
20 gm halia-rempah dikisar
15 gm ketumbar-rempah dikisar
50 gm cili kering-rempah dikisar 20 gm bawang putih-rempah dikisar
10 gm jintan putih-rempah dikisar
1 gm lada hitam
1 gm kayu manis
1 gm cengkih
1 gm belacan
10 gm garam

Cara-cara

Goreng rempah hingga wangi dan naik minyak. Angkat rempah tadi bahagi kepada dua. Sebahagian rempah digaul dengan telur dan kentang lalu disumbatkan ke dalam ayam lalu goreng hingga kekuningan. Angkat dan biarkan sejuk. Sebahagian lagi, dimasukkan ke dalam periuk lalu dicampur dengan santan, dimasak dengan api yang kecil sehingga menjadi pekat. Angkat lalu curahkan diatas ayam.