Ayam Golek Bersantan

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam yang sederhana besarnya
3 cawan santan pekat
1.2 sm kunyit hidup
35 gm bawang putih dan bawang merah
1 sudu jintan putih
1 biji buah pala ditumbuk halus
4 helai daun salam
2 biji ubi kentang direbus hingga masak 2 biji bawang besar dibelah empat
35 gm daun saderi
5 sm halia
5 biji buah keras
Cili hijau dibelah dua
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ayam dibersihkan tetapi jangan dipotong, selepas dibasuh ditoskan airnya. Gilingkan kunyit hidup, bawang putih, bawang merah, jintan putih, halia dan buah keras hingga lumat. Masakkan semua bahan yang telah digiling bersama santan, buah pala yang sudah ditumbuk, air asam jawa dan daun salam. Bila telah hampir pekat masukkan bawang besar dan cili hijau. Bila sudah pekat angkatkan dan ketepikan. Panggang ayam sehingga masak sambil itu curahkan kuah pada ayam sambil terus dibalik-balik sehingga rata dan masak. Hiaskan dengan daun saderi serta ubi kentang sewaktu menghidangkannya.