Ayam Golek Beriani

Ramuan / Bahan

1.6 kg ayam
2 sudu besar rempah beriani
1 labu bawang besar-dikisar halus
5 ulas bawang putih-dikisar halus
2 cm halia 1 pokok daun ketumbar
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak sapi
Garam secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ayam dan jangan dipotong. Campurkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama rempah beriani, sos tomato, madu, garam dan minyak sapi. Perapkan ayam dengan campuran rempah tadi selama 2 jam. Masukkan ayam bersama rempah perap dalam kaserol. Masak selama 10 minit (HIGH), balikkan ayam supaya sekata dan masak lagi selama 15 minit (MEDIUM HIGH). Apabila masak keluarkan dan taburkan dengan hirisan daun ketumbar.