Ayam Gansuli

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam (2 kg)
150 gm kacang tanah
50 gm suhun
2 keping tauhu
2 keping pucuk kubis
30 keping kulat (cendawan) telinga tikus 20 kuntum bunga ganasuli (bunga lily)
2 sudu teh minyak
4 ulas bawang putih
1 pokok daun bawang
1 pokok daun saderi
Garam secukup rasa

Cara-cara

Rendam kulat, suhun, pucuk tauhu dan bunga ganasuli sehingga lembut. Bersihkan kulat. Potong suhun, pucuk tauhu dan bunga ganasuli sepanjang 3 cm. Potong ayam sebesar 3 cm x 2.5 cm. Potong tauhu kepada 8 bahagian. Kerat bunga kubis sebesar 2.5 cm x 2 cm. Goreng kacang tanah tanpa minyak dan buang kulitnya. Potong daun bawang dan daun saderi sepanjang 1.5 cm. Tumis bawang putih dan kacau hingga kuning. Masukkan ayam dan masak sehingga empuk. Masukkan tauhu dan kacau lagi. Masukkan ramuan lain dan kacau lagi. Masukkan kacang tanah, daun saderi dan daun bawang dan balik-balikkan. Angkat dan hidang panas-panas.