Ayam Cencalok

Ramuan / Bahan

isi ayam dipotong dadu
2 ulas bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 batang serai (dititik)
2 tangkai lada besar (dihiris)
5 tangkai cili padi yg ditumbuk (ikut selera)
garam secukup rasa
gula secukup rasa
cencalok daun kucai dihiris kasar2
daun salad untuk hiasan
sebiji tomato dipotong bulat2 utk hiasan

Cara-cara

isi ayam diperap dengan cencalok. tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. masukkan lada besar dan cili padi yg telah ditumbuk. kemudian masukkan serai yg telah dititik. isikan ayam yg diperap dgn cencalok td ke dalam bahan2 yg telah ditumis. tuangkan sedikit air dan biarkan ayam sehingga masak.