Ayam Bungkus (Stuffed Chicken Fillet)

Ramuan / Bahan

Bahan A
Kepingan isi ayam sederhana lebar
2 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil kicap pekat
1 sudu kecil madu
sedikit garam

Bahan D (Dipotong besar)
Bunga kobis
Capcicum
Baby corn
Cherry Tomato
Brocolli
Lada Hitam - dikisar kasar Bahan B
1 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih - dicincang halus
Bahan C (yang telah dipotong kiub kecil)
1 mangkuk baby carrot
1 mangkuk cendawan butang
1 mangkuk bawang besar
2 sudu besar oyster sauce
garam

Cara-cara

Bahan A
Gaul semua bahan dan diperap di dalam peti sejuk selama 1/2jam - 1 jam

Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik bau.

Masukkan bahan-bahan C (carrot, cendawan, bawang, oyster sauce). Gaul sebati.

Masukkan garam secukup rasa. Ketepikan.

Keluarkan bahan A

Ambil sekeping isi ayam dan bentukkan supaya ia boleh diisi dengan inti - samada digulung/dilipat/dikon etc.

Masukkan bahan gorengan dalam kepingan isi ayam tadi dan kepilkan dengan lidi pencucuk supaya intinya tidak tumpah keluar. Ulangi hingga habis kepingan isi ayam.

Susunkan kepingan isi ayam tadi ke dalam mangkuk oven. Susunkan Bahan D dikelilingnya, tambah 1/2 cawan air dan tutup dengan aluminium foil.

Bakar dalam oven selama 1/2 jam. Keluarkan dan tanggalkan aluminium foil tadi. Masukkan kembali ke dalam oven selama 15 minit atau sehingga daging ayam masak.

Siap untuk dihidang