Ayam Black Pepper D Bong

Ramuan / Bahan

bahan utk ayam:

isi ayam(mengikut sukatan yg diingini)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu tepung gandum
1 sudu tepung jagung
sebiji telur
perahan limau sunkist/lemon bahan utk gravy:

1 labu bawang besar bombay dipotong bulat2
i biji capsicum hijau(boleh campur dgn merah n kuning)dipotong memanjang
7 ulas bawang putih
4-5 sudu lada hitam(kalau mau pedas ditambah)
1 ketul chicken stock
1 biji tomato dipotong 6 bhg
i tin kecil cendawan (jika mahu)
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
tepung jagung (dicampur sedikit air)
2 sudu gula (perlu manis)
perahan air limau nipis


Cara-cara

1.isi ayam dibasuh dan dipotong sedang,kemudian di adukkan dengan garam n serbuklada hitam sebelum dimasukkan kedalam campuran tepung dan telur yang telah diadun terlebih dahulu.
2.panaskan api dan goreng campuran tadi sementara ayam digoreng,perah jus limau sunkist utk aroma sunkist.
3.angkat dan ketepikan.
4.Untuk sos, bwg putih dan lada hitam tumbuk setengah halus dan di tumis sampai naik bau.
5.Masukkan bawang besar dan capsicum dan kacausampai naik bau.
6.Masukkan chicken stock,sos tiram dan kicap manis dan ditambah sedikit air.
7.Tambah gula dan periksa tahap keasinannya(sebab chicken stock n tiram dah masin)kalau perlu tambah garam sedikit.
8.masukkan tepung jagung yg telah dicampur air bagi menambah kepekatan kuah.
9.Tomato dan cendawan tin dimasukkan dan diakhiri dengan perahan limau nipis.
10.tunggu 1-2 minit ditutup n disiram ketas ayam tadi.
11.sedia dihidang