Ayam Black Pepper

Ramuan / Bahan

¼ bhg ayam (3-4 ketul)
garam
minyak masak
air Bahan giling:
½ inci kunyit
½ inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 ulas bawang merah (atau ½ ulas bawang besar)
3 ulas bawang putih

Cara-cara

Bersihkan ayam dan toskan. Panaskan dua sudu besar minyak masak. Tumiskan bahan giling sehingga garing kemudian masukkan sedikit air. Tambah sedikit garam dan kacau rata sebelum memasukkan ayam. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.