Ayam Bersos Tiram

Ramuan / Bahan

500 gm ketulan ayam
2 camca besar minyak masak
4 sm keping halia, dihiris nipis
4 kuntum cendawan kering, direndam dan dipotong dua
10 kuntum cendawan butang, dipotong dua
1 batang kecil lobak merah, dipotong serong
2 camca teh tepung jagung dicampur 3 camca teh air
1 batang daun bawang, dipotong 2 sm panjang
1 tangkai cili merah, dihiris 1 ½ cawan air
1 camca besar Sos Berperisa Tiram Maggi
2 camca teh Kicap Cair Maggi
1 camca teh gula
¼ camca teh Kicap Pekat Maggi
Lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis halia 2 minit. Masukkan ayam dan goreng 5 minit atau hingga hampir masak. Masukkan cendawan kering, bahan-bahan B dan masak hingga mendidih. Kecilkan api dan renih. Kacau sekali sekala hingga ayam lembut, 20 minit. Masukkan cendawan butang dan lobak merah, masak 5 minit lagi. Masukkan campuran tepung jagung dan masak hingga kuah pekat. Angkat ayam dari kuali.