Ayam BBQ Istimewa

Ramuan / Bahan

2kg ayam. Pilih bahagian ayam yang disukai.. cth kepak,paha atau sebagainya.
3 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 ikat serai
½ ketul halia
2 biji limau kasturi
5 sudu besar madu
½ botol sederhana kicap lemak manis
serbuk cili babas secukup pedas
Hirisan salad, tomato dan timun utk hidangan.

Cara-cara

kisarkan bawang besar, bawang putih ,halia dan serai sehingga halus.

Kemudian campurkan kisaran tadi dengan ayam yang telah dicuci bersih di dalam mangkuk besar.

Masukkan perahan 2 biji limau kasturi , 5 sudu madu , kicap dan serbuk cili.

Gaulkan kesemuanya hingga rata dan biarkan tenggelam dalam bancuhan selama sekurang-kurangnya 30mts.

Ayam sudah sedia utk dibakar. Semasa membakar ayam, sekali-sekala celupkan kembali ayam tersebut dalam bancuhan tadi dan biarkan masak sepenuhnya.