Ayam Bakar Kerisik

Ramuan / Bahan

2 ekor ayam (1.7 kg)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit Gula secukup rasa
0.2 ml santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kering, dikisar

Cara-cara

Ayam dibelah 2 dan hendaklah dilumur dengan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, kerisik, cili kering yang telah dikisar berserta santan pekat dan perapkan selama setengah jam. Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak. Apabila ayam dipanggang sudah masak kekuningan, potong dan hidangkan.