Ayam Bakar Kerisik

Ramuan / Bahan

2 ekor ayam (1.7 kg)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit Gula secukup rasa
0.2 ml santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar cili kering - dikisar

Cara-cara

Ayam dibelah dua dan hendaklah dilumur dengan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, kerisik, cili kering yang telah dikisar beserta santan pekat dan perapkan selama 1/2 jam. Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak. Apabila ayam dipanggang sudah masak kekuningan, potong dan hidangkan.