Ayam Bakar Kerisik

Ramuan / Bahan

2 ekor ayam (1.7 kg)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
3 cm halia
3 cm kunyit Gula secukup rasa
0.2 ml santan pekat
2 sudu kerisik
2 sudu besar cili kering (dikisar)

Cara-cara

Ayam dibelah dua dan hendaklah dilumur dengan bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, kerisik, cili kering yang telah dikisar bersama santan pekat dan perapkan selama setengah jam. Panggang ayam di dalam ketuhar sehingga masak. Apabila ayam dipanggang sudah masak kekuningan, potong dan hidangkan.