Spaghetti Goreng Seafood

Ramuan / Bahan

6 camca besar minyak masak
2 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 mangkuk udang (sudah disiang kulit)
½ mangkuk sotong (sudah disiang dan dipotong kecil)
2 biji buah tomato (di belas dua dan dihiris seinci seinci)
3 sudu serbuk lada

Sedikit gula
Sedikit garam
5 sudu besar sos tiram
1 cawan bunga kobis (dipotong kecil dan dicelur)
6 batang kacang buncis (dipotong 2inci dan dicelur)

1 bungkus spaghetti (dicelur terlebih dahulu)

Cara-cara

Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
Masukkan serbuk lada..Tumis hingga naik bau..Masukkan udang dan sotong..Kacau hingga masak.Masukkan buah tomato dan kacau lagi.Masukkan spagetti bersama kacang buncis dan kobis bunga..Akhir sekali masukkan sos tiram,gula dan garam.Gaulkan