Spagetti Kuah Lemak Cili Padi

Ramuan / Bahan

spagetti - setengah bungkus
daging cincang - semangkuk
minyak untuk menumis
santan sekotak kecil
air
garam

ditumbuk :
10 biji cili padi (kurangkan kalau tak mau pedas)
sedikit garam
sedikit kunyit serbuk
sebiji bawang besar

dihiris: sehelai daun kunyit (penting untuk membangkit rasa)

Cara-cara

Spaggeti di rebus dan toskan. Apabila ditoskan dalam saringan, lalukan air sejuk supaya spagetti tetap cantik dan tidak melekat.
Bahan yang ditumbuk ditumis di dalam periuk sehingga berbau wangi. Masukkan daging cincang dan sedikit air. Agak daging sudah masak, masukkan santan sekotak kecil sehingga menggelegak. Tambahkan garam secukup rasa dan taburkan hirisan daun kunyit di atasnya atau gaulkan sekali dalam kuah.