Spagetti Bolognese

Ramuan / Bahan

minyak zaitun
spagetti (direbus seketika dan asingkan)
bawang putih (dicincang)
daging ayam cincang
daun oregano
lada sulah
sos spagetti
garam secukup rasa cendawan butang (dipotong empat)
kacang peas dlm tin
bebola daging

Cara-cara

panaskan minyak dlm periuk, tumiskan bawang putih hingga naik bau. masukkan daging ayam yang telah dicincang dan gaul sebati.apabila sudah separuh masak masukkan lada sulah, sos spagetti dan taburkan garam secukup rasa.setelah mendidih masukkan daun oregano, cendawan butang, kacang peas dan bebola daging.jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air.