Deep Fried Mars Bar

Ramuan / Bahan

1 ketul Mars atau Milky Way
1 cawan tepung sebaguna
½ cawan tepung jagung
secubit bicarbonate of soda
susu segar
minyak utk menggoreng

Cara-cara

1. Sejukkan Mars didalam peti ais, tetapi jangan dibekukan. Boleh dipotong kecil jika mahu
2. Campurkan bicarbonate of soda bersama tepung serbaguna & tepung jagung di dalam mangkuk
3. Campurkan susu segar sedikit demi sedikit sehingga acuan mencapai konsistensi seperti krim.
4. Panaskan minyak di dalam 'deep fryer' pada suhu 180 darjah tetapi jangan biarkan sehingga ianya berasap.
5. Salut ketulan Mars itu tadi sepenuhnya & masukkan kedalam 'deep fryer' perlahan-lahan.
6. Masak sehingga keemas-emasan.