Plov Ukraine

Ramuan / Bahan

Beras 1kg (lebih bagus beras berkanji tinggi)
Minyak masak 300ml
Daging/Kambing/Ayam 1kg - dipotong 4 bahagian/ besar2
Lobak merah (carrot) 1kg -dihiris panjang2 (jgn terlalu halus)
Bawah besar 600g -dihiris
Bawang putih 2 labu -tidak perlu potong
Jintan putih 1 sudu
Kismis 200g
garam secukup rasa
air panas sekadar yg diperlukan

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam periuk.
2. Masukan daging yg telah dipotong besar.
3. Goreng daging tersebut dengan menambah air panas sehingga daging tersebut lembut.
4. Setelah daging lembut, panaskan sampai air tadi sejat.
5. Masukan bawang dan masak hingga separuh garing.
6. Masukan lobak merah yg telah dihiris memanjang dan masukan sedikit air panas supaya ia masak sampai lembut.
7. Susun 2 labu bawang puting atas masakan tadi.
8. Cuci beras dan masukan beras tanpa gaul.
9. Taburkan garam (lebih kuarang 1 sudu besar) dan jintan putih.
10. Tambahkan air panas sehingga 1 cm tinggi dari paras beras tadi.
11. Biarkan masak dlm api yg tinggi sehingga paras air sampai ke paras beras.
12. Masukan kismis, tutup periuk dan biarkan masak dlm api yg sangat kecil.