Makaroni Goreng Istimewa

Ramuan / Bahan

250g macaroni
200g daging
3 biji telur
2 biji kentang(didadu kecil)
1 batang lobak merah(didadu kecil)
4 ulas bawang putih(dicincang)
2 labu bawang besar(didadu) 2 biji cili merah(dihiris)
4 biji cili padi(dihiris)
2 kiub perasa daging
minyak masak
daun bawang
daun sup
garam secukup rasa

Cara-cara

1. Didihkan air bersama 2 sudu besar minyak dan rebus macaroni hingga lembut.
2. Setelah macaroni lembut angkat dan masukkan di dalam penapis dan lalukan dibawa air mengalir. Kemudian toskan.
3. Goreng kentang dan lobak merah yang telah didadu hingga kekuningan dan toskan minyaknya.
4. Rebus daging hingga empuk dan didadu kecil.
5. Telur perlu digoreng hancur.
6. Masukka 3 sudu minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan bawang besar,daging dan kiub daging.
7. Kemudian masukkan macaroni,kentang , lobak merah , cili,telur,daun bawang ,daun sup dan garam secukup rasa.
8. Goreng semua bahan sehingga sebati.
9. Sedia dimakan semasa masih panas.