Sushi Ayam dengan Kari

Ramuan / Bahan

15 gm dada ayam
60 gm pulut sushi
½ kepingseaweed (rumpai laut) 10 gm rempah kari
3 gm mayonis
2 gm serbuk wasabi

Cara-cara

Perap ayam dengan rempah jari. Bakar dan potong nipis. Letakkan seaweed di atas alas buluh. Ratakan pulut sushi di atas seaweed. Atur daging yang telah dipotong nipis. Taburkan sedikit-sedikit serbuk kari. Gulung ketat-ketat. Mulakan gulungan di atas buluh. Hidangkan dalam bentuk potongan kecil yang mudah digigit dengan kicap bercampur wasabi.