Stik Cendawan Bersos

Ramuan / Bahan

300 gm cendawan tiram (dibersihkan dan
dibuang separuh tangkainya)
1 sudu teh serbuk cili
½ sudu teh garam
1 sudu besar mentega (dicairkan) Bahan untuk dikisar:
6 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
1 sudu lengkuas
1 sudu halia
3 batang serai

Cara-cara

Gaul cendawan dengan bahan-bahan yang dikisar. Kemudian masukkan serbuk cili, kunyit dan garam, perap 20 minit.
Panaskan ketuhar 180C. Sapukan mentega cair pada bekas pembakar dan susun cendawan di atasnya. Bakar cendawan 3 minit. Kemudian keluarkan cendawan dan sapukan mentega rata-rata di atasnya dan balikkan. Bakar sekali lagi. Angkat dan hidangkan panas-panas.