Stek Murni Mc Cormic

Ramuan / Bahan

1 keping daging stek
1 biji kentang
1 batang lobak merah
1 biji tomato Sedikit daun parsli
4 batang putik jagung
2 sudu mentega (boleh juga digunakan minyak jagung)
1 peket Marined mix - Mc Cormic (boleh didapati di pasar raya) - bahan perap

Cara-cara

Kentang dan lobak merah dipotong panjang. Daging dicampurkan dengan bahan Mc Cormic bersama mentega mahupun minyak jagung. Perap daging bersama bahan tadi dan boleh disimpan dalam peti sejuk. Lebih baik daging yang diperap tadi dibungkus dalam kertas aluminium dan diperapkan sehari semalam. Jika hendak masak, masukkan saja daging yang dibungkus tadi dalam ketuhar gelombang selama 20 minit. Kemudian masukkkan lobak, kentang dan jagung bersama tomato dan daun parsli ke dalam bungkusan tadi. Bungkus semula dan masukkan dalam ketuhar gelombang selama 5 minit atau sehingga masak.