Spaghetti La' Bolognese Te Amor

Ramuan / Bahan

2 paket spaghetti
1 botol napoletana/bolognese sos
1 tin cendawan butang dipotong dua
½ daging dipotong kiub kecil(guna daging kisar sedia ada pun boleh)
½ isi ayam dipotong kiub kecil
1 senduk cili mesin
4 susu besar minyak masak
sedikit air
garam dan sedikit perasa

Cara-cara

rebus spaghetti mee bersama sedikit minyak masak mengikut jangkamasa yang terdapat pada paket spaghetti.kemudian toskan spaghetti tadi.
cuci semua bahan mentah spt daging,ayam dan cendawan kemudian toskan bahan tadi.
panaskan minyak masak masukan cili mesin dan tumis sehingga cili garing. kemudian masukan kesemua bahan mentah yang telah ditoskan kedalam kuali. tumis bahan tadi bersama cili yang telah dimasak beserta sedikit air sehingga bahan tadi masak.kemudian masukkan sos napoletana atau bolognese sos ke dalam kuali kacau hingga sebati selama 10 minit dengan api perlahan.tambahkan sedikit garam serta perasa mengikut kesesuaian anda.