Spaghetti Itali

Ramuan / Bahan

1 packet Spaghetti (direbus bersama sedikit minyak)
1 packet Daging/Ayam Cincang *Ramly (basuh/toskan)
1 tin (sederhana) Cendawan Butang (dibelah 4/dadu)
2 tin (sederhana) Tomato Puri
6 biji Bawang Besar (Hijau) (dipotong dadu)
7 biji Buah Tomato (dipotong dadu)
1 ½ senduk Minyak Masak
1 sudu kecil Serbuk Oregano & Rosemary (boleh didapati di dlm botol2 kecil warna hijau)
Garam secukup rasa
1 tin KRAFT'S serbuk Cheese.

Cara-cara

1. Panaskan minyak di dlm periuk.
2. Masukkan Bawang Besar, goreng hingga layu.
3. Masukkan daging/ayam, masak hingga benar2 masak. Letak 2 cawan air (Letak sudu logam, nak cepat masak). Dikacau selalu.
4. Masukkan Buah Tomato dan biarkan 1 minit.
5. Masukkan Tomato puri dan beserta air putih sebanyak 2 tin juga (ambil bekas tin Tomato Puri tadi).
6. Masukkan Cendawan Butang dan serbuk Oregano & Rosemary. Kacau selalu.
7. Masak hingga kuah pekat dan masukkan Garam.