Spaghetti Daging Tomato

Ramuan / Bahan

½ paket spaghetti
500 gram daging cincang
250 gram tomato puri
250 gram sos tomato 250 gram bawang besar dipotong dadu
250 gram buah tomato dicincang
200 gram mentega (butter)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Spaghetti direbus. Apabila spaghetti sudah lembut, masukkan sedikit mentega, kacau dan toskan airnya. Panaskan periuk dan cairkan mentega. Masukkan daging cincang. Kemudian dikacau hingga empuk. Kemudian masukkan bawang besar dan kacau. Masukkan tomato yang dicincang dan kacau hingga sebati. Masukkan tomato puri dan kacau rata. Jika kuah terlalu pekat tambahkan sedikit air. Biar hingga mendidih. Apabila kuah mendidih, masukkan sos tomato dan kacau perlahan - lahan. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Biar hingga masak.