Spaghetti Daging Black Pepper

Ramuan / Bahan

Sepeket Spaghetti 500g
1 pek daging cincang
1 bawang besar (cincang dadu)
1 tin Cendawan butang (cincang dadu)
1/3 botol sos tomato
1/3 botol sos tiram
1/3 botol sos lada hitam
Sedikit daun sup (potong halus)
Tomato (dipotong dadu)
Cabai hijau (dihiris)
Garam & gula secukup rasa
Bahan Tumbuk:
1 sb lada hitam
1 sb jintan manis
3 ulas bawang putih
1 inci halia

* Gaul dengan semua sos

Cara-cara

1.Celur spaghetti bersama sedikit butter / marjerin / minyak dan garam. Toskan.
2.Tumis bawang besar hingga naik bau.
3.Masukkan cendawan, gaul 5 min. Masukkan daging dan kacau seketika.
4.Masukkan bahan sos tadi. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
5.Biarkan hingga kuah benar2 masak dan agak pekat. Masukkan cabai hijau.
6.Apabila dihidang, tabur tomato dan daun sup