Spaghetti Bolognaise Cendawan ( Pedas)

Ramuan / Bahan

½ peket Spaghetti
½ peket daging cincang
½ mangkuk cendawan butang segar
1 tin/botol puri tomato
1 biji bawang besar didadu
1 biji tomatoi didadu
2 sudu minyak zaitun
100 gram mentega buttercup
2 sudu kecil oregano
100 gram cili kering ( dikisar )
1 biji bawang besar ( dikisar )
2 biji bawang putih ( dikisar )
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
1 sudu kecil gula
sedikit ajinomoto
sedikit air
daun parsli untuk hiasan

Cara-cara

Rebus spaghetti bersama air dan sedikit minyak agar spaghetti tidak melekat.

Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan daging kisar, sedikit air, puri tomato, cendawan yang dihiris, bawang dan tomato yang didadu dan semua bahan diatas. Masak sehingga betul-betul pekat. Jika mahu pedas boleh tambah cili kering. Setelah masak tuang diatas spaghetti yang telah direbus tadi.