Spaghetti Bolognaise A

Ramuan / Bahan

Bahan:
* 2 bungkus minced meat/daging cincang (boleh didapati di pasaraya dan di kedai dingin beku - saiz dia tak ingat tapi standard ler kat mana2 pon)
* 1 tin kecil tomato paste
* 1 tin sederhana tomato puree (beza tomato paste dgn tomato puree ialah, tomato paste lebih pekat, yg puree tu cair. kalau sukakan pedas gantikan ½ tin tomato puree dgn cili kisar. kalau suka masam, gunakan tomato paste dgn tomato puree je)
* 1 labu bawang putih (dicincang halus)
* 1 labu bawang besar - bwg kuning lebih sedap (dipotong kiub)
* 1 tin cendawan butang - pilihan (dipotong nipis/ikut suka)
* ½ peket sayur campur/mixed vegetable - pilihan (cuci dan toskan utk hilangkan kesan sejuk beku)
* 2 sudu besar sos tiram
* 1 sudu besar serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar
* minyak zaitun/sebarang minyak masak secukupnya utk menumis
* sedikit garam
* secubit gula - jika mahu

Cara-cara

Cara membuatnya:
- panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau
- masukkan tomato paste dan tomato puree bersama2 dan tumis sehingga merenih. jika menggunakan cili kisar, tumiskan cili terlebih dahulu baru masukkan tomato paste/tomato puree
- masukkan daging cincang dan tumis sehingga warna daging menjadi kelabu (hampir masak)
- masukkan garam secukup rasa, gula jika mahu, serbuk lada hitam dan sos tiram
- setelah rasanya sebati, masukkan cendawan dan sayur campur/mixed vege
- tumislah sehingga masak