Spaghetti Bolognaise

Ramuan / Bahan

2 bungkus sphagetti buitoni
1 bungkus daging cincang ramly
4 biji tomato (concasse)(dibuang kulitnya)-cara nak buang:didihkan air dan rendam sehingga kulitnya terkupas dan dilalukan dibawah air sejuk)
1 kotak kiub ayam maggi-jadikan stok dengan 1 liter air
1 tin puree tomato kimball-jenama lain kurang sedap dan kurang pekat 1 tin cendawan butang
4 biji bawang besar-dicincang
5 ulas bawang putih-dicincang
sedikit daun basil kering
sedikit lada sulah
sedikit garam
minyak dan mentega
sedikit keju parmesan

Cara-cara

1.mula-mula panaskan minyak dan mentega
2.masukkan bawang besar dan bwg putih hingga wangi dan layu
3.masukkan daging cincang dan biarkan sekejap
kemudian masukkan tomato puree
4.masukkan stok pati ayam
5.masukkan tomato yang dipotong dadu dan cendawan yang telah dihiris
biarkan sehingga pekat dan mendidih
6.kemudian masukkan daun basil dan lada sulah
7.akhir sekali perasakan dengan garam dan biarkan sehingga pekat
cara menyediakan spaghetti.
1.didihkan air bersama garam dan minyak
2.setelah mendidih masukkan spaghetti sehingga masak dan toskan