Spagetti Ala Malaysia

Ramuan / Bahan

1 paket spagetti
2 sudu besar mentega
5 ulas bawang putih (dihiris nipis-nipis)
2 paket kecil rempah kari daging/ayam Adabi ()
1 botol sos tomato Maggi
1 tin cendawan butang (dihiris nipis-nipis)
6 biji tomato (dipotong dadu)
1 paket daging kisar
Minyak secukupnya
Garam
Ajinomoto

Cara-cara

Panaskan air bersama-sama dengan mentega didalam kuali. Apabila air mendidih, masukkan spagetti dan rebus sehingga masak.Toskan airnya apabila sudah masak. Dalam masa yang sama, panaskan minyak serta tumis bawang putih sehingga garing. Setelah naik bau, masukkan rempah kari.Masak sehingga naik bau.Kemudian masukkan daging kisar.Gaulkan sehingga mesra. Selepas itu masukkan sos tomato. Apabila sudah mendidih masukkan cendawan butang serta tomato. Tambahkan air mengikut kesesuaian agak tidak terlalu pekat atau terlalu cair.