Spagetti

Ramuan / Bahan

1 bungkus spagetti(dimasak mengikut arahan pada bungkusan)
1 botol sos pasta (perasa cendawan)
½ botol sos cili
5 biji tomato
5 biji bawang besar
10 ulas bawang putih
4 cawan air
3 sudu besar tomato paste
1 paket daging cincang
cendawan butang(dihiris)
oregano
thyme
basil
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang dicincang hingga naik bau
2. Masukkan daging cincang dan tumis sebentar.
3. Masukkan tomato paste,tomato cincang, sos cili, sos pasta dan cendawan butang. Gaul sekata.
4. Masukkan air,oregano,thyme, basil, garam dan gula secukup rasa
5. Masakkan sehingga kuah menjadi pekat