Spageti Vongole

Ramuan / Bahan

Bahan asas:

120 gm pasta
5 gm remis segar (clams)
60 gm daging remis
300 gm sos tomato
3 gm bawang putih
3 gm cili padi
0.5 gm garam
0.5 gm lada putih Bahan untuk adunan pasta:

1 kg tepung suji
5 gm serbuk penaik
15 biji telur gred A

Cara-cara

Goreng bawang putih dan cili padi dengan minyak zaitun. Masukkan remis dan masak.

Masukkan sos tomato dan toskan pasta, serta hidangkan dengan sos.

Bagi cara membuat adunan pasta, campurkan kesemua bahan ramuan dengan tangan.

Canaikan adunan dengan menggunakan mesin pasta.