Spageti Salmon

Ramuan / Bahan

140 gm spageti (dimasak)
50 gm krim (mentega)
8 gm bawang putih
10 gm bawang merah (dicincang) 30 gm ikan salai (dihiris nipis-nipis)
1 biji kuning telur
5 gm daun selasih
20 gm air rebusan ikan

Cara-cara

Panaskan kuali, masukkan bawang putih dan bawang merah. Setelah ditumis, masukkan ikan salai dan air rebusan. Tuang sedikit mentega ke dalam kuali dan kacau hingga ia mendidih. Setelah mendidih, masukkan kuning telur, kacau hingga sebati dengan mentega. Celurkan spageti yang telah dimasak selama 3 minit di dalam air panas dan keluarkannya setelah panas. Masukkan sapgeti itu di dalam kuali dan kacau hingga sebati dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidang. Hias dengan daun selasih.