Spageti Bersos Pedas

Ramuan / Bahan

1 pek spegeti
500g daging kisar
100g daging dipotong kecil-kecil
3 labu bawang besar-dipotong dadu
1 tin cendawan butang- dipotong 2
1 pek kecil cendawan tiram-disirat-sirat
100g pes cili kering
1 tin pes tomato puri
5 biji tomato masak-cincang halus
1 pek pes segera Maggi Bolonese.

Cara-cara

Rebus spegeti bersama 2 sudu minyak masak dan sesudu garam sehingga lembut dan toskan.
Untuk kuahnya:
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang besar sampai garing, masukkan daging-daging. Goreng sampai kering air daging tersebut.
Kemudian masukkan pes cili kering, tumis sampai cili masak.
Selepas itu bolehlah dimasukkan pes tomato puri, tomato cincang, dan pes segera Maggi.
Bila hampir masak, barulah dimasukkan cendawan-cendawan.
biarkan kuah menjadi pekat.