Spageti Ala Aussie

Ramuan / Bahan

200 gm pasta spageti
100 ml sos rempah labu
100 ml sos tomato
Sayuran hijau untuk hiasan
50 gm ayam panggang
30 gm kacang peas 60 gm brokoli
20 gm kacang macadamia (dipanggang)
5 gm Capsicum Pesto
10 gm bawang merah
5 ml minyak zaitun

Cara-cara

Panaskan kuali dan masukkan bawang merah, bawang putih, minyak zaitun dan ayam panggang yang dihiris nipis. Biar lima minit. Masukkan pula sos rempah labu serta sos tomato. Rebus pasta spageti selama lima belas minit. Bila hampir hendak diangkat, masukkan pula kacang peas dan brokoli. Biar lima minit. Angkat dan tos kesemuanya. Campur pasta dan sos dan gaul rata. Hidang pasta dan hias dengan kacang macademia, capsicum dan sayuran.