Salad Puteri

Ramuan / Bahan

BAHAN A
1 kg sotong segar (dipotong bulat)
1 kotak tepung kentucky
1 biji telur ayam (dipukul)
2 cawan minyak masak (untuk menggoreng)
# sotong yang telah dibersihkan,
ditoskan airnya,celup ke dalam telur,
sadurkan dengan tepung kentucky dan
goreng hingga garing dengan api
sederhana.(Ketepikan dan biar sejuk).




BAHAN B
1 tin nanas dadu dalam tin
1 tin longan dalam tin
30 biji anggur merah (dibelah dua)
1 botol kecil mayonnaise sebenar

Cara-cara

1. Buang air buah dalam tin (nanas dan
longan)dan toskan.
2. Campurkan sotong goreng, nanas,
longan dan anggur ke dalam sebuah
mangkuk yang besar dan gaulkan
dengan 5 sudu mayonnaise sebenar.
(banyak atau sedikit mayonnaise yang
digunakan terpulang kepada anda).