Salad Pasta Berempah

Ramuan / Bahan

250 gm pasta
500 gm daging (dicincang)
1 sudu besar minyak masak
1 sudu besar rempah kari
2 biji cili merah
1 sudu kecil lada hitam
150 gm saleri (dipotong serong)
Sedikit daun ketumbar (dicincang halus) 2 sudu besar kicap cair
½ cawan jus limau
2 sudu besar sos tomato
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta halia hingga wangi. Masukkan rempah kari, sos tomato, jus limau, kicap cair dan kacau rata. Masukkan pula daging cincang dan kacau hingga sebati. Sesudah itu masukkan garam serta serbuk perasa dan kacau lagi.