Cucur Udang

Ramuan / Bahan

300 g udang basah (dicincang)
1 cawan serbuk roti
4 sudu besar susu cair
1 sudu teh baking powder 1 sudu teh serbuk jintan
1 sudu teh serbuk rempah kari
1 biji telur (dipukul)
Sedikit garam

Cara-cara

Panaskan minyak dan goreng bawang, kemudian masukkan udang gaul sebentar dan diangkat. Gaulkan udang dengan serbuk roti, baking powder, serbuk rempah dan garam. Masukkan telur dan cucu cair uli hingga rata kemudian bentuk bulat-bulat kecil. Goreng hingga masak. Cucur ini sedap dimakan dengan cili sos.