Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Salad Kentang Mutiara

Ramuan / Bahan

Hidangan 3-4 orang

Bahan A
3 cawan mayonaise
2 sudu teh serbuk lada
2 sudu teh lada sulah
2 biji bawang besar kuning (potong dadu)
1 biji lada capsicum (potong dadu)
daun bawang (hiris halus)
daun parsley (hiris halus)
Bahan B
6 biji kentang sederhana (potong 4@6)
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Gaul bahan-bahan A dengan sebati dan perapkan selama satu jam. Ketepikan dulu.

Rebuskan bahan-bahan B sehingga cukup masak. Setelah cukup masak, toskan kentang.

Campur dan gaulkan kentang bersama-sama bahan-bahan A yang telah diperap. Sudah boleh dihidang.